AlhamduliLlah perjumpaan keluarga kali ke 20 akhirnya 'menjelma' buat kali pertamanya di Pangkal Meleret, Machang. Hasrat Kak Che' (Hjh Che Zaharah) akhirnya menjadi kenyataan, 'team' tuanrumah yang beruniform t-shirt kuning (idea baru) bertungkus lumus dan berjaya dengan cemerlang mengurus perjumpaan kali ini. TAHNIAH! Jumlah kehadiran ahli keluarga juga boleh dikategorikan dalam jumlah yang terbesar iaitu hampir 200 orang malah yang jelas tercatit sebagai sejarah ialah jumlah kutipan derma tabung al Jambuli adalah yang tertinggi (jumlahnya rahsia - kena tanya Bendahari Hj Ahmad Izani).
Perjumpaan Famili Al-Jambuli

Wednesday, October 31, 2012
Monday, October 29, 2012
19. PERJUMPAAN 1432
Sekali lagi bertempat di rumah Ayah Soh di Kg Anak Keranji perhimpunan kali ke 19 diadakan dengan sungguh meriah. Kekal diadakan pada hari ke 2 Hari Raya Haji acara yang paling meriah adalah acara sukaneka.
18. PERJUMPAAN 1431
Perjumpaan kali ke 18 berjaya di adakan di rumah Wan Azimah ( dirumah arwah Muhd Isa ) di Kg Jias, Pasir Mas pada 18hb November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431. AlhamduliLlah kehadiran masih memuaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)