Perjumpaan Famili Al-Jambuli

Perjumpaan Famili Al-Jambuli

Friday, August 27, 2010

17. PERJUMPAAN 1430

BERTEMPAT DI RUMAH CHE WEIL (PRESIDEN), KG LUBOK CHEKOK, JLN RANTAU PANJANG LAMA, PASIR MAS PERJUMPAAN KALI KE 17 FAMILI AL-JAMBULI BERJAYA DIADAKAN.
PADA 11 ZULHIJJAH 1430 BERSAMAAN 28 NOVEMBER 2009 ( HARI SABTU ), ACARA YANG BERMULA PADA JAM 9.00 PAGI MENDAPAT SAMBUTAN SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.


Thursday, August 26, 2010

16. PERJUMPAAN 1429

Buat kali ke3, famili di Pasir Puteh menjadi tuanrumah pada perjumpaan kali ke 16 ini. Kali terakhir menjadi tuanrumah ialah pada perjumpaan kali ke 13 pada tahun 2006. Syabas diucapkan kepada famili di Pasir Puteh kerana berjaya menguruskan perjumpaan kali ini dengan meriah dan teratur terutama sekali kepada WAN SALMIAH BT HJ WAN SULAIMAN. Pada awalnya kehadiran ahli-ahli famili al-Jambuli agak perlahan, tapi akhirnya seramai 25 ketua keluarga hadir menjadikan seramai 113 ahli-ahli famili al-Jambuli berkumpul.


15. PERJUMPAAN 1428

Perjumpaan kali ke 15 diadakan dirumah HJ AHMAD IZANI B HJ AB RAHIM di Kg Jias, Pasir Mas. Kehadiran agak menggalakkan dan buat pertama kalinya ahli famili al-Jambuli dari famili DOMEK (MEK NAB) hadir iaitu PAK DA HASSAN dari Kg Anak Keranji. Diharap kehadiran PAk DA HASSAN dan keluarga sebagai titik permulaan untuk seluruh famili DOMEK hadir pada setiap kali perjumpaan, insyaAllah.

14. PERJUMPAAN 1427

Perjumpaan kali ke 14, kali kedua HJ CHE WEIL menjadi tuanrumah, diadakan dirumahnya di Kg Lubok Chekok, Pasir Mas. Seperti biasa kehadiran dari semua daerah hadir. HJ CHE WEIL yang juga Presiden Famili al-Jambuli puas hati dengan kehadiran ahli-ahli famili al-Jambuli.

(masih mencari bahan)

13. PERJUMPAAN 1426

Untuk kedua kalinya famili di Pasir Puteh menjadi tuanrumah. Perjumpaan kali ke 13, melihatkan kehadiran yang memuaskan, bermula awal pagi dan berakhir hampir kepada waktu Zuhor. Syabas kepada famili di Pasir Puteh terutama kepada WAN SALMA BT HJ WAN SULAIMAN.

12. PERJUMPAAN 1425

Perjumpaan kali ke 12 di adakan di rumah gemulah Ayah Su (MUHD ISA B HJ ISMAIL). WAN AZIMAH (isteri gemulah) dengan dibantu oleh WAN IZWAN SHAH (anak sulong) menguruskan perjumpaan kali ini yang agak sederhana. Namun kehadiran ahli-ahli famili al-Jambuli masih seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

11. PERJUMPAAN 1424

AYAH SOH (YUSUF B HJ ISMAIL) di Kg Anak Keranji, Pasir Mas menjadi tuanrumah buat kali ke 3, ini adalah perjumpaan kali ke 11. Angkatan anak-anak AYAH SOH berganding bahu menjayakan perjumpaan ini terutamanya YUSNI dan YUSRI. Pertama kali sistem komputer digunakan semasa pendaftaran ahli-ahli famili al-Jambuli yang hadir. Ini adalah semata-mata untuk mengemaskini rekod famili al-Jambuli.


(masih mencari bahan)

10. PERJUMPAAN 1423

Meneruskan acara tahunan, perjumpaan kali ke 10 berjaya diadakan buat kali pertamanya di rumah HJ CHE WEIL di Kg Lubok Chekok, Pasir Mas. Khemah yang disediakan penuh dengan ahli-ahli famili al-Jambuli sehinggakan tak cukup kerusi dibuatnya. Dengan perancangan yang baik, aturcara majlis berjalan lancar.


(masih menunggu bahan)






9. PERJUMPAAN 1422

Sejarah tercatit lagi, buat kali kedua perjumpaan kali ke 9 diadakan diluar dari daerah Pasir Mas, selepas Pasir Puteh. Kali ini rumah HJ OMAR NGAH di Kg Jln Jedok, Tanah Merah di kunjungi ahli-ahli famili al-Jambuli. Walaupun tiada pengalaman sebagai tuanrumah, tapi dari bantuan ahli-ahli yang pernah menjadi tuanrumah, majlis berjalan lancar dan kehadiran juga memuaskan.


(masih dalam proses memuatkan photo)


8. PERJUMPAAN 1421

Tahun 2001 menyaksikan perjumpaan kali ke 8 berjaya diadakan di rumah AYAH SU (MUHD ISA HJ ISMAIL) di Kg Jias, Pasir Mas. Kali ke 3 menjadi tuanrumah, pengalaman lepas membuatkan perjumpaan kali ini bertambah lancar dan meriah. Acara sukaneka tetap diadakan untuk menggembirakan kanak-kanak yang hadir.

7. PERJUMPAAN 1420

HJH CHE MAH mengambil giliran menjadi tuanrumah perjumpaan kali ke 7 dirumahnya di Kg Jias, Pasir Mas. Dibantu oleh HJH NAZELI HAMZAH, AYUB HAMZAH dan ZAKI HAMZAH perjumpaan ini semeriah yang lepas-lepas.




6. PERJUMPAAN 1419

Buat julung kalinya perjumpaan famili al-Jambuli diadakan diluar dari daerah Pasir Mas. Perjumpaan kali ke 6 diadakan dirumah HJ WAN SULAIMAN di Kg Padang Siam, Pasir Puteh. Kerja kuat WAN SALMA, WAN SAFUAN dan HJ HASSAN HELMI serta yang lain-lain menjadikan perjumpaan kali ini begitu meriah.

 


5. PERJUMPAAN 1418

Ini adalah kali pertama perjumpaan kali ke 5 diadakan dirumah HJ AHMAD IZANI AB RAHIM di Kg Jias, Pasir Mas. Dua buah khemah disediakan untuk menampung lebih ramai ahli famili al-Jambuli yang hadir. Banyak acara sukaneka diadakan untuk memeriahkan lagi perjumpaan kali ini terutama acara bagi kanak-kanak.


(maaf dalam pembikinan)

4. PERJUMPAAN 1417

Perjumpaan kali ke 4 sekali lagi diadakan di tanah tumpah darah al-Jambuli di Kg Anak Keranji, Pasir Mas, di tuanrumahkan oleh AYAH SOH (YUSUF B HJ ISMAIL). Anak-anaknya yang ramai tak menang tangan menguruskan perjumpaan kali ini. Berbagai aturcara disediakan bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga untuk orang dewasa.

(masih dalam proses)

3. PERJUMPAAN 1416

Sekali lagi AYAH SU (MUHD ISA B HJ ISMAIL) menjadi tuanrumah untuk perjumpaan kali ke 3. Melihat kepada kehadiran semakin bertambah, bukan sahaja ahli-ahli famili al-Jambuli memenuhi ruang dibawah khemah yang disediakan malah ruang tamu rumah juga menjadi sasaran berkumpul.


(masih mencari photo)

2. PERJUMPAAN 1415

Kali ke 2 perjumpaan dibuat di rumah Ayah Su (MUHD ISA B HJ ISMAIL) di Taman Adabi, Kg Jias, Pasir Mas. Kehadiran semakin bertambah, suasana semakin meriah, persiapan lebih kemas, aturcara majlis lebih teratur, keintiman kekeluargaan semakin menyerlah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan masing-masing menampakkan wajah kegembiraan.



1. PERJUMPAAN 1414

Perjumpaan kali pertama diadakan dirumah Ayah Soh (YUSUF B HJ ISMAIL) di Kg Anak Keranji, Pasir Mas (rumah asal). Kehadiran ahli-ahli famili al-Jambuli amat menggalakkan walaupun tanpa jemputan menyeluruh, seluruh ruang rumah Ayah Soh dipenuhi dengan ahli-ahli famili al-Jambuli.

Yang muda datang berduyun dan yang tua datang bertongkat seolah-olah menyambut hari kemenangan, ya memang kemenangan pun kerana berjaya mengumpulkan buat julung kali seramai itu ahli-ahli famili al-Jambuli, apa tidaknya yang dari KL semuanya balik, dari Machang, dari Tanah Merah, dari Pasir Puteh, dari Wakaf Bharu, dari Tal 7, dari Kota Bharu dan dari Tumpat semuanya ada. Alhamdulillah cukup puas, walaupun masih ramai yang ketinggalan.